FREE SHIPPING ON ORDERS RM 50 ABOVE

Kombo Istimewa

RM65

Category:

Description

Kombo Istimewa

Raudhah Sakeenah Kelantan

Raudhah Sakeenah Kelantan: Sepancar Sinar, Segunung Harapan adalah kompilasi perkongsian pengalaman mereka yang terlibat secara langsung dengan Raudhah Sakeenah Kelantan (RSK), sebuah pusat jagaan dan bimbingan bagi menyantuni remaja perempuan yang terlibat dengan gejala sosial.

Tinta Murrabi

Dakwah adalah taklif atau tanggungjawab Muslim. Berdakwah pula merupakan pilihan. Ada yang Allah berikan kesedaran sejak di bangku pengajian. Ada yang sempat merasai kehidupan “jahiliah” tanpa tujuan dan matlamat hidup yang jelas.

Namun mereka menginfaqkan diri bagi bersama-sama menyambung rantaian perjuangan menegakkan al-Haq di bumi Allah ini. Semoga banyak hati yang mampu disentuh oleh usaha penulisan insan-insan yang gigih ini.

Penat

Berbeza dengan generasi 30 atau 40 tahun lepas, anak muda hari ini sering ‘disogokkan’ dengan kepentingan mempunyai growth mindset, passion dan ketekunan yang tinggi dalam melakukan satu-satu kerja. Mencintai kerja yang dilakukan adalah satu kebanggaan. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan pula adalah satu bentuk jenama peribadi (personal branding).

Walaubagaimanapun, atas beberapa sebab; mungkin kerana keletihan atau hilang motivasi atau mula terasa kerja hanya ibarat rutin atau bermacam faktor lain, menjadikan kita terhenti seketika. Bukan culas, atau mengular atau tidak lagi berminat dengan kerja tersebut. Cuma rasa kosong. Tiada lagi excitement. Tidak happy tetapi bukan juga sedih kemurungan.

Perasaan itu berada di tengah-tengah. Tidak se-teruja dahulu, tetapi tidak juga terus meninggalkan kerja tersebut. Walaupun kadangkala rasa malas, tetapi tanggungjawab dan tugasan masih dilaksanakan (dengan separuh hati).

Ketika ini, hidup ada kalanya terasa tiada erti; sekadar bekerja untuk mendapatkan pendapatan, membayar komitmen keluarga dan sekali-sekala bercuti.

Kesannya, kita cuba mencari keseronokan, excitement & feeling good melalui cheap dopamine. Seperti dari social media dan permainan video yang membekalkan dopamine booster secara mudah dan cepat. Menonton video pendek di tiktok atau instagram memberikan rasa keseronokan pantas, sehingga akhirnya seringkali berjam-jam dihabiskan menghadap telefon pintar. Apabila kembali ke dunia realiti, masalah ‘languishing’ masih ada, tidak hilang dengan cara kita mengalihkan fokus.

Pengurusan languishing bermula dengan memberikan nama kepada emosi ini. Meletakkan diri pada posisi yang tepat adalah langkah pertama untuk keluar dari belenggu kelesuan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kombo Istimewa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping