FREE SHIPPING ON ORDERS RM 50 ABOVE

Ibrah Peristiwa Israk & Mikraj

Bilakah tarikh yang tepat berlakunya Isra’ dan Mikraj?
 
Tiada jawapan yang tepat kerana ada kekhilafan di kalangan para ulama namun pendapat yang masyhur adalah yang dinyatakan oleh Ibn al-Athir iaitu 3 tahun sebelum hijrah. Setepatnya 27 Rejab tahun ke -10 kenabian oleh al-Allamah Mansurfuri.
 
𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁
 
Permulaan Nabi SAW menerima perintah solat daripada Allah Taala menurut hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari
 
“ 𝘿𝙞𝙬𝙖𝙟𝙞𝙗𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙖𝙠𝙪 50 𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪” 𝙈𝙖𝙠𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙞 𝙈𝙪𝙨𝙖. 𝙈𝙖𝙠𝙖 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙈𝙪𝙨𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙𝙖𝙥 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪?. 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙎𝙖𝙬 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 : 𝘼𝙠𝙪 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 50 𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙝𝙖𝙧𝙞.”
 
Apa yang kita boleh ambil pengajaran adalah setiap apa yang diperintahkan adalah suatu arahan. Maka arahan tersebut perlu disusuli dengan adab sebagai penerima arahan.
 
Dalam peristiwa ini, sekiranya kita sebagai seorang pekerja atau orang yang menerima arahan perlu lah menerima arahan yang diperintahkan dengan adab terlebih dahulu walaupun ia agak berat untuk dilaksanakan.
Ini dapat dilihat apabila Nabi SAW meninggikan adab dalam menerima arahan dari Allah ta’ala sebelum Baginda memohon keringanan dari perintah tersebut untuk umatnya.
 
𝗦𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗵 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪
 
Nabi SAW bersabda :
“ 𝘼𝙠𝙪 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 50 𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙝𝙖𝙧𝙞. 𝙆𝙖𝙩𝙖 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙈𝙪𝙨𝙖 : 𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙪𝙢𝙖𝙩 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙢𝙥𝙪 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙠𝙪𝙠𝙖𝙣 50 𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙝𝙖𝙧𝙞. 𝘼𝙠𝙪 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙪𝙗𝙖 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙪𝙗𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠𝙨𝙞𝙢𝙪𝙢 𝙢𝙪𝙣𝙜𝙠𝙞𝙣 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝘽𝙖𝙣𝙞 𝙄𝙨𝙧𝙖𝙞𝙡. 𝙆𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙠𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖-𝙉𝙔𝘼 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙢𝙖𝙩𝙢𝙪. 𝙆𝙖𝙩𝙖 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙎𝘼𝙒: 𝙈𝙖𝙠𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞 𝙡𝙖𝙡𝙪 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙥𝙪𝙡𝙪𝙝 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙟𝙪𝙢𝙡𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣.
 
Lalu aku kembali lagi kepada Nabi Musa.
Perkara ini berulang sehinggalah Nabi SAW bersabda
 
“ 𝘼𝙠𝙪 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙢𝙖𝙡𝙪 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙖𝙠𝙪 𝙧𝙚𝙙𝙝𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙚𝙧𝙖𝙝. 𝘼𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙚𝙧𝙪 : 𝘼𝙠𝙪 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙬𝙖𝙟𝙞𝙥𝙖𝙣𝙠𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝘼𝙠𝙪 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙗𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙢𝙗𝙖-𝙠𝙪”
 
Ini kemuliaan yang ada pada baginda iaitu Nabi SAW menzahirkan sifat rahmat dan belas kasihan Nabi SAW kerana tidak mahu melihat umat Baginda terbeban dan mengambil kira kemampuan umatnya untuk menjalankan apa yang telah diwajibkan oleh Allah Taala. Ini tanda Nabi SAW amat menyayangi umatnya dan dapat terus melaksanakan solat serta taat pada perintah Allah.
 
Menunaikan kewajipan Islam itu adalah mudah, begitu juga kewajipan-kewajipan yang dituntut di dalam Islam. Sekiranya anda tercari-cari di mana anda boleh menunaikan zakat pendapatan, boleh hubungi Yayasan Pendidikan Islam Aman (Kami adalah amil zakat lantikan Majlis Agama Islam Kelantan).
 
Hubungi En Amiru untuk sebarang pertanyaan:
 
 
Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping