FREE SHIPPING ON ORDERS RM 50 ABOVE
Previous
Previous Product Image

Tinta Murabbi – 10 Kisah Kehidupan Dakwah & Tarbiah (2 Buah)

RM28
Next

Tinta Murabbi – 10 Kisah Kehidupan Dakwah & Tarbiah

RM15
Next Product Image

Tinta Murabbi – 10 Kisah Kehidupan Dakwah & Tarbiah (3 Buah)

RM40

Tinta Murabbi – 10 Kisah Kehidupan Dakwah & Tarbiah

  • Mengandungi 10 Kisah Kehidupan Dakwah & Tarbiah
  • Dinukil khas oleh JKN IKRAM Kelantan
  • Ibrah buat para pembaca dan inspirasi pembentukan masyarakat rahmah
  • Mengandungi 210 Muka Surat
  • Kulit keras dan tahan lasak
  • Sesuai untuk bacaan santai
Category:

Description

Buku ini setebal 210 mukasurat merupakan kompilasi pengalaman tarbiah dan dakwah peribadi Ahli Jawatankuasa IKRAM Negeri Kelantan sesi 2020-2022. Seramai lapan orang penulis berkongsi sepuluh pengalaman yang disusun dalam empat tema utama iaitu Jejak Tarbiah, Baitul Muslim, Dakwah Masyarakat dan Kembara Daie.

Tema Pertama:

Jejak Tarbiah memuatkan tulisan Prof. Madya Ts. Dr. Dasmawati Mohamad iaitu Pilihan atau Peluang serta Persoalan Kehidupan oleh Puan Khadijah Wan Hasbullah. Pilihan atau Peluang adalah catatan dan dilema kerjaya berlandaskan qada’ dan qadar Allah SWT manakala Persoalan Kehidupan pula merupakan kisah penulis yang berkali-kali disapa Tuhan melalui banyaknya peristiwa, petunjuk dan peringatan biasa-biasa yang berlaku sepanjang hidupnya. Pendek kata, kisah-kisah ini merupakan perjalanan tarbiah dalam menjadi hamba Allah dan khalifah yang sebenar di muka bumi ini.

 Tema Kedua:

Baitul Muslim. Dalam Saat Cinta Mula Menyentuh, Tn. Hj. Zulkefle Ab. Rahman berkongsi pengalaman dalam mendirikan rumah tangga sejak mengenali dan mengabadikan diri dengan dakwah dan tarbiah. Cinta yang berlandaskan syariat, barakah, rahmah dan mawaddah menjadi asas perkahwinan. Hasilnya, ia menjadi sumbu kekuatan diri untuk istiqamah dengan jemaah. Sr. Hj. Che Rahimi Samat pula menceritakan cabaran rohani seorang pelajar lelaki bujang di luar negara bagi menjaga imannya dalam Tika Cinta Mula Berputik. Melalui Cinta Tanpa Pertemuan, Encik Mohd Taufik Pamis menulis berkenaan kisah dan cabaran yang dihadapi ketika mahu berkahwin tanpa mengenali siapa pasangannya terlebih dahulu. Semuanya diatur oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Oleh kerana niatnya ikhlas demi Allah, maka semua urusan tersebut dipermudahkan.

Tema Ketiga:

Dakwah Masyarakat. Ustaz Azizee Rohim Japri berkongsi pengalaman menyantuni remaja-remaja perempuan yang terlibat dalam isu-isu sosial yang semakin membarah dalam masyarakat sejak tahun 2005 hingga sekarang melalui tulisannya yang bertajuk Berdakwah Lewat Kasih Sayang. Isu kematangan, pengalaman dan ilmu dalam sesebuah perjuangan pula diangkat dalam Matang Sebelum Malang, Berjuang Hingga Gemilang oleh Dr. Hadhrami Ab. Ghani. Kedua-dua kisah ini adalah seputar cabaran berdakwah kepada masyarakat. Bukannya mudah tetapi tiada yang mustahil.

 Tema Keempat 

Sekali lagi Tn. Hj. Zulkefle Ab. Rahman berkongsi catatan tarbiah dan jejak-jejak sejarah yang dilaluinya ketika mengembara ke beberapa buah negara dalam Tinta Murabbi. Dalam Tanah Barakah Yang Terjajah, Ustaz Azizee Rohim Japri menukilkan ziarahnya ke baitul muqqadis dan Masjid al-Aqsa. Dr. Zaharah Sulaiman pula teruja menulis Peluang Yang Sukar Berulang yang berdasarkan pengalamannya menjejaki bumi Gaza ketika melanjutkan pengajian pada peringkat doktor falsafah di Australia. Kecekalan srikandi-srikandi Gaza iaitu ibu-ibu para pejuang Palestin dalam menjalani hidup sehari-hari yang penuh mencabar benar-benar menginsafkan.

Sepuluh buah kisah kehidupan bernuansa dakwah dan tarbiah ini, selain menjadi “buah tangan” daripada barisan kepimpinan IKRAM Negeri Kelantan Sesi 2020-2022 kepada ahli-ahlinya, diharap dapat juga dinikmati semua lapisan ummah.

 

Additional information

Weight 0.2 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tinta Murabbi – 10 Kisah Kehidupan Dakwah & Tarbiah (3 Buah)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping